// Da' Cassie
Holla

Hello,please be nice. No harsh word allowed ! Follow me and I will follow you back! ^^
Navigations

Entries Typewriter Jantung Hati Linkies Stuff


Credits

Basecode by ; Nana Kim
Background by : GOOGLE
Header by : Unnie Nana Ljoe
Image : Favim
Song : Youtube
Blog owner: Name?
25 FAKTA PEREMPUAN YG LELAKI X SUKE.
Monday, December 12, 2011 | 8:47 PM | 0 comments
 1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir.. 3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame.. 4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam ayam kau tahu tak 5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying ! 6. Kau pakai baju nampak sana sini kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa . 7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau tahan sangat pergi rumah tumpangan RM30/nett 8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu.. 9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^' 10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian' 11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun 12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape lah perangai kau 13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang 15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah' 16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka duck face 17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau lah 18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan? 19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, macam macam..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway 20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau 21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat tak kisah ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi jahanam hidup kau 22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau 23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib.. 24. Pakai baju sikit lagi nak nampak benda tak senonoh....konon nak bagi nampak samna sini lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak sexy... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam 25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah lah sangat

just helping :D
Tuesday, November 15, 2011 | 4:37 AM | 0 comments
assalamualaikum,

hey readers,ape khabar?sihat?hope sihat selalu dan dirahmati ALLAH.<3
nmpak tajuk kat atas.?just helping,- hanya membantu
sekadar sesama umat islam kan?:D

Please read this. Im helping my friend to sharexthis in the same time 

hopping you'll help me too.

Greyson Chance=Kafir

Rasullullah=Our phrophet,kekasih Allah, islam,manusia paling mulia

But then,why would we admire greyson more than nabi muhammad saw

Am he going to 

help us in the afterworld. Had he ever did anything for us? Do he even know you guys 

praising him all the time telling he's cute,blalalalalal,etc. But, our phrophet are always 

remember us although he never met us before. Stop admiring him more than the limit  

or nothing else to saya...DOOM.....!!

Think about it girls... From someone who's intentions trying not to 

show off . Bajet alim!! Not me okay. Im just sharing. If just simply didnt take note.i also like korean,,so i'm just sharing(sharing is caring)

of this, go 


and change ur IC religionslah! Once again i myself is not a perfect man.




thank you for read,hope korang boleh amalkan begitu juge dengan saya,!:D

mengapa wanita memerlukan lelaki?
Thursday, August 04, 2011 | 10:37 PM | 0 comments

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

lelaki !
Tuesday, June 07, 2011 | 8:27 PM | 0 comments

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami berpangkat Saifullah,
Tokoh hebat berjiwa gagah.

Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah sepi,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya sekadar boneka duniawi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu menjauh lari,
Lelaki khianati hidup kami.

Dulu, 

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Wanita diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh saudaranya.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Renungan: Lelaki, bukan sifatnya lemah, bukan sifatnya mengalah, lantas jangan terus dibiar rebah... Lalu, kau harus bangkit megah, tipuan dunia harus kau tongkah, tak sesekali tunduk pada mehnah, kembalilah pada fitrahmu yang sedia gagah, menjadi pelindung insan yang lemah, menjadi pendokong semangat ummah, kerna dirimu penyunting bidadari jannah.
InsyaAllah masih ada yang benar2 berjiwa hamba kepada Tuhan, namun merdeka daripada menjadi hamba keduniaan... Semoga yang masih teguh akan terus berdiri kukuh, semoga yang rebah akan kembali bangkit gagah.
bangkitlah whai syabab mujahid Islam!



senyum itu sedekah
Friday, June 03, 2011 | 1:19 AM | 0 comments
i just wanted to remind you that i love you alot and thank god everyday for blessing
with a friend that is just simply amazing.so when you think there is no one who 
understands or cares remember that i love youuuu and try to SMILE..~~